Dikisahkan,
bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di
Ka'bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil
berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. menirunya membaca "Ya
Karim! Ya Karim!"
Orang
itu Ialu berhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berzikir lagi: "Ya
Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya
mengikut zikirnya "Ya Karim! Ya Karim!"
Merasa
seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat
olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah
dikenalinya. Orang itu Ialu berkata: "Wahai orang tampan! Apakah engkau
memang sengaja memperolok-olokkanku, kerana aku ini adalah orang Arab
badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti
engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah."
Mendengar
kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu
bertanya: "Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?"
"Belum," jawab orang itu.
"Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?"
"Saya
percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah
melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah
bertemu dengannya," kata orang Arab badwi itu pula.
Rasulullah
s.a.w. pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab! Ketahuilah aku
inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!"
Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya. "Tuan ini Nabi Muhammad?!"
"Ya" jawab Nabi s.a.w.
Dia
segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal
itu, Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata
kepadanya: "Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan
serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada juragannya,
Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur
yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita
gembira bagi orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang
mengingkarinya."
Ketika
itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia
berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan
bersabda: "Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona
dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di
hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil
maupun yang besar!"
Setelah
menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Maka orang Arab itu
pula berkata: "Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan
membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat
perhitungan dengannya!" kata orang Arab badwi itu.
"Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?" Rasulullah bertanya kepadanya.
'Jika
Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan
memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya,' jawab orang itu. 'Jika
Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan
betapa keluasan pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran
hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!'
Mendengar
ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis
mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata
beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun
lagi seraya berkata:
"Ya
Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda:
Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga
Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang.
Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya,
juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah
rnengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di surga
nanti!" Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita
tersebut. la Ialu menangis krna tidak berdaya menahan keharuan
dirinya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar